KAMI BERPINDAH KE WWW.SUGGIES101.BLOGSPOT.COM

Suggies for Newbies menggunakan blogger domain

Hello readers.. ini maddy, penulis blog Suggies for Newbies (Suggies101). Blog di wordpress ini tidak lagi digunakan dan Suggies for Newbies telah berpindah ke sini! Jadi sebarkan pada rakan-rakan. Terima kasih ya! <3

xoxo,

Maddy

Published in: on October 8, 2011 at 3:57 am  Leave a Comment  

Keperluan Asas: Sangkar

Sangkar sugar gliders adalah salah satu komponen penting dalam memastikan mereka dapat rasa selesa dalam persekitaran baru mereka. Sugars anda akan meluangkan majoriti masa mereka pada waktu malam di dalam sangkar mereka dan dengan memastikan bahawa sugars anda selesa, selamat dan bebas bersenam dengan sesuka hati mereka. Faktor-faktor berikut adalah untuk pertimbangan untuk mencari sangkar yang sesuai dengan haiwan eksotik ini.

Selesa dan bebas bergerak, sangkar 3 kaki ini sesuai untuk Sugars anda


  • Saiz Sangkar

Untuk sugars, pelbagai saiz cage dibekalkan, dari 1.5 kaki sehingga 3 kaki. Namun, sangkar yang paling minimum terbaik dan untuk keselesaan optimum adalah yang bersaiz 3 kaki. Ingat, tidak ada sangkar yang mampu meniru habitat sugars seperti di hutan liar tetapi pemilik sugars sekurang-kurangnya boleh membenarkan mereka ‘glide’ atau menggelongsor dalam sangkar mereka dengan senang. 


Jadi, untuk peringatan dalam membeli sangkar untuk sugars:

  • Lebih besar adalah jelas lebih baik.
  • Tinggi adalah lebih baik daripada yang lebih luas.
  • Sugars suka melompat dan meluncur. Mereka mungkin kecil, tetapi mereka memerlukan banyak senaman dan ruang untuk bermain.

Jadi, pastikan anda tidak menggunakan sangkar hamster atau gerbil untuk tempat tinggal sugars anda. Sangkar seperti ini tidak sesuai untuk binatang eksotik yang habitat asalnya merupakan pokok-pokok di hutan. Bayangkan betapa bezanya habitat mereka dengan apa yang kita bekalkan sugars kita.

Sugars bukan haiwan yang suka terowong yang sempit begini
Langsung tidak praktikal untuk mereka



Juga, pastikan anda mendapatkan sangkar yang banyak ruang untuk menggantung kantung tidur atau ‘sleeping pouch’, meletakkan ‘glider kitchen’ atau dapur sugars yang membekalkan air dan makanan (yang akan saya terangkan secara lanjut di dalam entri blog akan datang), roda yang sesuai untuk sugars seperti Wodent Wheel, beberapa mainan yang selamat untuk sugars, namun masih lagi membenarkan ruang yang cukup untuk mereka melompat atau ‘glide’ di dalam sangkar mereka tanpa halangan.

  • Keadaan dalam sangkar


Apa yang perlu dalam sangkar mereka? Yang penting adalah banyak tak semestinya bagus. Apa selalunya yang diletakkan di dalam sangkar mereka. 
Yang paling asas merupakan; 

  • Sleeping pouch atau apa jenis tempat tidur sugars yang digunakan pada waktu siang. Pastikan ianya selesa, senang dibasuh dan mudah untuk diakses oleh anda. Kebiasaannya, pemilik sugars akan menggunakan sleeping pouch yang diperbuat daripada kain fleece atau felt. Pastikan anda selalu mempunyai sleeping pouch yang berlebihan, sekiranya yang sedang digunakan terlalu kotor atau busuk.. jadi anda mempunyai ‘backup’ pouch untuk sugars anda. Selain dari sleeping pouches, ada juga pilihan dari tempurung kelapa, kediaman plastik yang kebiasaannya untuk hamster dan gerbil, tetapi saya menasihatkan anda supaya memilih sleeping pouches kerana ia lebih lembut, selesa dan mudah untuk anda.

  • Roda yang bersaiz besar, bukan yang selalu digunakan hamster. Guinea pigs mungkin, tetapi ada satu jenama roda yang dipanggil Wodent Wheel. Roda tersebut khas untuk sugars dan selamat untuk digunakan mereka. Ini kerana, roda biasa yang mempunyai palang, lagi-lagi jika ianya palang besi  boleh mencederakan sugars anda. Bayangkan jika ekor panjang mereka tersangkut, sugars anda boleh tercedera teruk jika roda begitu digunakan. Roda yang terlalu kecil juga tidak sesuai, kerana mereka akan membesar dan kebiasaannya roda kecil akan menyebabkan sugars untuk tergelincir keluar dari roda ketika bersenam.

  • Bekas minuman juga penting untuk sumber air mereka. Gunakan water bottle atau water feeder yang selalu digunakan untuk haiwan kecil seperti hamster. Anda tidak digalakkan untuk menggunakan bekas minuman yang terdedah seperti mangkuk bulat plastik atau jenis seramik. Sugars merupakan haiwan yang membuang air tidak kira dimana-mana. Mereka tidak boleh dilatih untuk membuang air di tempat spesifik seperti sesetengah haiwan lain. Jadi gunakan water bottle berbanding mangkuk air yang terdedah agar bebas dari pencemaran najis mereka sendiri. Selain itu, untuk langkah keselamatan bekalkan dua botol air untuk mengelakkan dehidrasi yang tidak sengaja.

  • Bekas makanan yang berbeza dari segi jenis makanan yang dihidangkan. Ada pemilik sugars yang gemar meletakkan makanan kering di dalam bekas makanan untuk akses pada waktu siang jika mereka inginkan snek dan bagi makanan basah untuk bekas yang berlainan. Ini agar makanan sugars kekal segar dan tidak mudah busuk.


  • Beberapa jenis mainan untuk sugars. Untuk mencari mainan untuk sugars seperti mencari mainan untuk bayi. Mainan yang berwarna-warni dan membuat bunyi seperti loceng adalah kegemaran mereka. Ranting atau tali juga merupakan alat senaman sugars yang amat digemari mereka. Cuba meletakkan tali yang diikat dengan mudah di dalam sangkar mereka, anda akan terkejut melihat tali yang diikat dirungkai terbuka. Sugar makhluk yang bijak, dan pastikan mainan yang disediakan untuk stimulasi minda mereka selamat dan bebas dari segala faktor bahaya yang mungkin.

  • Besi/Palang/Wire Mesh Sangkar/Dawai



Jarak dawai perlu 1/2 inci diantara palang tegak dan palang yang mendatar. Palang yang mendatar sahaja atau tegak sahaja sebenarnya tidak penting. Bahagian yang penting ialah memastikan wayar tidak lebih daripada 1/2 inci jika palang tidak bersilang. Sugars yang kecil atau Joeys boleh keluar melarikan diri melalui celah palang jika jaraknya lebih dari 1/2 inci walaupun hanya luas sedikit daripada itu. Jadi anda perlu prihatin akan keadaan palang sangkar yang akan dibeli.

  • Sangkar yang diperbuat dari jenis apa

Terdapat beberapa bahan-bahan yang boleh digunakan untuk sangkar sugars dan terdapat juga beberapa bahan yang tidak sesuai.

Jika anda akan membeli sangkar atau membuat sangkar menggunakan kayu, pastikan kayu untuk tujuan hiasan sahaja dan di luar sangkar. Jika sugars mempunyai akses kepada kayu, bukan sahaja mereka akan menggigit, tetapi mereka juga akan kencing di atasnya, menjadikannya berbau busuk.

 

  • JANGAN membeli atau membuat sangkar menggunakan keluli bergalvani. Air kencing sugars akan menyebabkan tindak balas kimia dengan keluli bergalvani, yang boleh menyebabkan jangkitan saluran kencing atau UTI (Urinary Tract Infection).
  • JANGAN menggunakan sangkar yang diperbuat daripada aluminium.
  • JANGAN membuat sangkar daripada kain perkakasan.

Jika anda mahu membuat sangkar DIY, dawai PVC merupakan bahan yang sangat popular untuk digunakan. Anda mungkin boleh mencarinya di kedai perkakasan tempatan, kedai makanan haiwan, atau syarikat membuat pagar.




Baiklah, setakat ini sahaja untuk apa yang anda perlu tahu tentang sangkar sugars. Untuk entri berikutnya, saya akan mengemas kini tentang keperluan asas sugars: Pemakanan.


xoxo, 

Maddy

Published in: on July 28, 2011 at 5:22 pm  Leave a Comment  

Pengenalan terhadap Sugar Gliders

Asal Sugar gliders

Haiwan bersaiz kecil ini merupakan binatang marsupial dan nokturnal yang berasal di seluruh bahagian utara dan timur tanah besarAustralia, serta pulau-pulau sekitar Tasmania, Papua New Guinea, dan Indonesia.

Anatomi

Sugar glider mempunyai badan seperti tupai dengan ekor yang panjang. Sugars jantan adalah lebih besar daripada perempuan, dan panjang mereka dari hidung ke hujung ekor kira-kira 24 hingga 30 cm (12-13 inci, dan badannya sendiri adalah lebih kurang 5-6 inci). Sugar gliders mempunyai bulu tebal dan lembut yang biasanya kelabu kehitaman; ada juga spesis lain yang berwarna kuning, tan, atau albino. Sugars juga mempunyai jalur hitam dari hidung sehingga ke belakang mereka. Perut, tekak dan dada sugars berwarna krim.

Baby, my sweet glider

  • Ia mempunyai lima jari dengan setiap kaki dan tangannya. Masing-masingnya mempunyai kuku, kecuali untuk jari kakinya yang kelihatan seperti ibu jari manusia. Kakinya atau dipanggil ‘hindfeet’, digit kedua dan ketiga adalah sebahagian syndactylous (kuku dan jari yang kelihatan bersambung) bersama-sama untuk dijadikan sebagai ‘sikat’ atau kuku untuk mereka membersihkan bulu atau ‘grooming’.
  • Tetapi, ciri-ciri yang paling menarik ialah patagium, atau membran, yang kelihatan seperti sayap seperti yang dimiliki oleh ‘flying squirrel’. Apabila tangan dan kaki sugars ini dikembangkan, sayap atau membran ini membenarkan ia untuk meluncur atau ‘glide’ dari jarak 50 hingga ke 150 meter.

I believe I can glideeeee~!

  • Ciri lain adalah kelenjar bau, yang terletak di atas dahi, dada, dan bahagian perut mereka. Ini bertujuan untuk menandakan kawasan mereka, terutamanya untuk sugars jantan. Sugars jantan yang sudah matang juga mempunyai kawasan yang botak di dahi mereka yang kelihatan seperti bentuk berlian.

Sugar scent gland di dahi berbentuk berlian atau diamond

  • Sugars jantan juga mempunyai zakar yang bifurcated, (yang kelihatan seperti berbelah) ini kerana sugars jantan mempunyai dua zakar manakala sugar betina mempunyai marsupium (kantung) di tengah-tengah abdomen untuk membawa anak-anaknya dan dua uterus dan vagina. Ini menyebabkan kebiasan untuk sugars yang membiak untuk pertama kalinya mendapat sepasang joeys (panggilan bagi sugars yang masih lagi bayi).

Pouch sugars betina

Penis terbelah sugars jantan

Sifat dan tabiat

  • Sebagai haiwan nokturnal, mereka aktif  pada waktu malam, bermakna mereka tidur di dalam ‘sleeping pouch’ atau jika mereka cukup jinak dengan tuan mereka- mereka tidur dalam poket atau jika yang sudah terbiasa, sugar glider akan tidur di dalam baju tuan mereka. Dan jangan terkejut jika ada juga sugar glider yang dilatih dan dimanjakan untuk tidur di dalam bra bagi pemilik sugars yang wanita. Cuma jangan dijadikan tabiat, kerana mungkin menjadikan anda tidak selesa jika membawa binatang kenit ini berjalan-jalan di khalayak ramai di tempat awam. Hehe you know what I mean.
  • Jadi, oleh sebab kebanyakan masa siang digunakan untuk tidur, pemilik sugars perlu memberikan perhatian yang secukupnya pada waktu malam. Sugars mula aktif pada waktu malam atau bila sahaja keadaan persekitaran mejadi gelap dan masa mereka mula menjadi aktif adalah bergantung pada sugars secara individual. Ada yang mula aktif selepas pukul 8 dan ada sahaja yang hanya celik selepas tengah malam. Pemilik sugars harus bersedia untuk mengorbankan waktu tidur mereka, sekurang-kurangnya 1-2 jam setiap malam untuk melayan mereka.
  • Sugars boleh hidup sehingga 15 tahun dalam penjaagan manusia atau dalam kurungan manusia, jadi ia amat penting bagi pemilik sugars untuk memberi komitmen sepanjang tempoh ini kepada sugars mereka.
  •  Sugars mempunyai keperluan diet yang istimewa kerana mereka adalah haiwan yang eksotik dan pemilik sugars perlu sanggup mengambil masa setiap malam dalam purata masa 10-20 minit untuk menyediakan makan malam mereka.
  • Sebagai haiwan sosial yang tinggal secara berkoloni, mereka memerlukan perhatian yang secukupnya dan sangat suka bersosial dalam kumpulan mereka sendiri. Sebab itu sugars dinasihatkan untuk didapatkan dalam pasangan, agar mereka tidah stres dan berasa sunyi.
  • Tetapi, ia juga dinasihatkan agar pemilik sugars yang ‘newbie’ atau baru dalam penjagaan sugars untuk tidak membenarkan pasangan sugars mereka membiak. Untuk pembiakan sugars adalah kompleks, banyak persediaan diperlukan untuk mengenalpasti dan menjaga suggies yang bunting. Dan persediaan yang lebih tinggi diperlukan sekiranya joey yang lahir di’reject’ oleh ibunya.
  • Jadi sugars jantan dinasihatkan untuk dikasi atau ‘neutered’ agar sebarang joey yang tidak di dijangka boleh dielakkan dari terjadinya pelbagai masalah dan komplikasi. Jika anda hanya mampu secara kewangan dan kudrat untuk membela hanya seekor sugar, anda perlu memastikan yang anda boleh dan sanggup memberikan perhatian yang sepenuhnya kepada mereka.

Joeys yang comel

  • Walaupun mereka hanya aktif pada waktu malam, ini tidak bermakna yang mereka tidak boleh dibawa bermain pada waktu siang. Salah satu sifat haiwan marsupial ini adalah suka meluangkan hari siang mereka, ‘cuddling’ atau bermanja di dalam pouch yang digantung di leher pemilik mereka yang kelihatan seperti rantai yang mempunyai poket. Mereka amat mudah untuk dibawa mereka ke mana-mana.

Sebagai pelajar universiti, saya sering membawa sugars saya ke kuliah dan mereka langsung tidak menggangu kehidupan seharian saya. Sugars amat kecil dan senyap, kebanyakan orang tidak sedar saya membawa sugars saya ke mana-mana saya pergi.

  • Sugars selalunya tidak kisah untuk bangun pada waktu siang untuk mendapat perhatian dan kasih sayang dari pemilik mereka.Seperti yang dinyatakan, sugars merupakan haiwan yang sukakan perhatian dan tanpa perhatian yang cukup, mereka akan menjadi murung dan ini juga boleh menjurus kepada ‘self mutilation’ (sifat yang mencederakan sendiri yang dilakukan kerana stres, amat bahaya ketika sugars ada ‘suicidal thoughts’, ambil tindakan dengan cepat dengan membeli collar yang kecil utuk mengelakkan dia mencederakan dirinya sendiri dan luangkan masa yang cukup dengan mereka).
 Dengan perhatian dan kesabaran yang secukupnya, sugars boleh menjadi haiwan kesayangan anda dan keluarga. Tapi jangan lupa untuk membuat penyelidikan yang banyak sebelum membela sugars anda. Mereka ibarat bayi, adakah anda mahu mendapat mereka tetapi tidak langsung bersedia untuk menjaga mereka?
xoxo,
Maddy


Published in: on July 27, 2011 at 8:47 am  Leave a Comment  
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.